Blogger Layouts

Sabtu, 23 April 2011

Nurdamia Huda Binti Faizul Akmal

salam 1 malaysia..

hye uolls aritu aku ada bgtawkan nak kenalkan anak buah aku bermakna cucu pertama bg mak n ayah aku dan anak sulong bg kakak n abg ipar aku serta anak buah pertama aku.. weeee....!!!!
baby tu dilahirkan pada 23 Mac 2011 selang beberapa hari selepas majlis pernikahan abg aku..:)
mak dpt menantu dan dpt cucu.. kih2 nasib baik akak aku xbersalin mase abg aku nikah...
ok baby dilahirkan pada pukul 9.37pm...seberat 2.6kg.. now secara rasminye aku kenalkan dia dlm blog aku nie.. nama seperti tajuk diatas.. panggil mia saje...:) ( mcm nama panggilan mia sara pulak pelakon kanak2 tu :p)...happy gler mase tu.. wlwpun ade beberapa kesulitan dan kepenatan yang aku alami.. namun semua terlerai bila mia dah selamat lahir... sekerg nie kire dah cukup sebulan la mia dilahirkan.. dah kne enjet baby sebulan dah..:) ok jom layan pic mia yang comel nie..:)

yeay... nie dia anak buah sy.. damia...:)

si comel...:) mcm tgh memikir jer syg..

ha.....sy kne bedung la mak teh... :)

hi3.. bnyk lagi pic dye yang aku nak upload... tp semua pic tgh tido.. next time aku upload pic dye dah bgn lak ea kwn-kwnku..:)

:: the end ::

Isnin, 11 April 2011

6 Bulan dan 5 Hari...

salam 1 malaysia...

hye lame dah xjengguk wat n3 kat sini pasal wedding preparation..:) hu3..cptnye masa berlalu bile dah kire-kira balik masa dah tinggal 6 bulan dan 5 hari lagi untuk aku menamatkan zaman bujang aku bersama insan pilihan hati...weeeee....sukenye..<-- mood gatal..:p

masa semakin hampir mcmane dgn persiapan perkahwinan aku nie?? owh no.. bnyk lagi belum wat persiapan....hantaran,pakej perkahwinan,katering dll.. hua.. semua xsettle lagi...mcamane nie..mase berlalu begitu cpt..tp persiapan xbergerak pown...:(

cite pasal hantaran ade gak la pergerakan.. mcm dah beli set make up dan set perfume aku dan en.tunang..huh~~~ kne running nie settlekan yang mudah dlu.. nak blik kg kali nie nak beli baju nikah.. 

tgu dan lihat sajer yer cerita mengenai bju nikah kteorg nanti.. :)

:: the end ::

Sabtu, 2 April 2011

:: hujung minggu...::

salam 1 malaysia...

hujung minggu aku penuhkan aktiviti berada dikampug...sbb aku rindu gler kat anak buah aku " NORDAMIA HUDA.." opppssss... aku lom kenalkan lagi kan anak buah aku dlm n3 aku?? hu3.. nanti aku akan kenalkan kemudian... hu3.. sbb n3 nie nak cite pasal cuti hujung minggu aku di awal bulan april.. kirenye aku nie dah dikire tetiap minggu blik  kg.. bukan sbb aku rindu kan tunang aku.. tp aku rindu anak buah aku.. disebabkan aku terlalu rindu aku pown blik la kg,sbb akak aku tengah berpantang dikampung keluarga aku..hu2.. alang2 dah dah blik kampung aku pown jumpe la tunang aku..( mood mula bertukar..)

**************************
memula sblm blik kg.. msg en.tunang..
me ~ yang nanti blik kg kte g release tension tgk wyg nak x??
en.tunang ~ ok syg, kte pown dah lame xg tgk wyg.. nanti kte tgk cite " CUN "
me ~ ok syg... yeay... ( mood happy )

*******************************
bile dah blik kg.. ari sabtu...dah la amek lmbt..janji nk amek pagi2.. bile dah smpi time bgn tido ps (playstation)...last2 kuar pukul 1lbh.. huh tension aku... pastu bile dah kuar plan sume dah xjd.. aku pown mula la wat muke slamba... hurmm... arinie tinggal la name jerk... mood benggang..sbb hidup saje ngan ps tu...

:: the end ::

Isnin, 28 Mac 2011

Bermuka-muka

salam 1 malaysia..

AKU JUST NAK CKP..AKU PALING XSUKE ORG YANG BERMUKA-MUKA... HUH...!!!

:: THE END ::

Jumaat, 18 Mac 2011

:: beli blah barang hantaran...::

salam 1 malaysia..

mcm lame glerkan aku xupdate pasal wedding preparation..:) bukan xnak updated tp lom ade pergerakan akibat kekurangan wang saku.. hi3..:p..okey now aku nk updated dah.. tp xde pic.. sbb semua pic untuk brg2 hantaran adelah private..kih3.. okey dua hari lepas aku dah servey perfume untuk hantaran pihak lelaki... iaitu perfume.. dok pening nie nak beli perfume ape.. tup2 bile servey mcm terminat lak kat bau burberry the beat... bau dye pown xdelah keras sgt.. tp kire okey la..ala..ala lelaki macho..kih2.. harga dye pown okey not bad.. dlm 1 kotak ade perfume burberry 100 ml, shower gel 100 ml,dan sabun untuk mencukur..ntah ape name dye 100 ml gak.. kih2.. so bile dah dok telek2 aku pown bersetuju nak beli perfume tu..dgn hagra rm 199.00....:) 

so now nantikan updated seterusnya...:)

:: the end ::

Selasa, 1 Mac 2011

:: Bulan Baru Bos Baru...::

salam 1 malaysia..

huuuuuuuuuu......penatnya... keje bnyk dari jumaat lepas... disebabkan kemunculan bos baru kami seksyen wang awam II...

WADUH......MINTA-MINTA LAH BOS NIE XBANYAK KARENAH...AMIN...

jom sambung wat keje...


:: the end ::

Khamis, 24 Februari 2011

:: RUKUN NIKAH ::

salam 1 malaysia...:)

hye morning pagi nie nk share sikit pasal ape yang aku dpt mase kursus kahwin ari tu.. nie nk share pasal RUKUN NIKAH....:) semoga boleh dijadikan panduan ...

Rukun Nikah Ada 5:

1. Calon Suami 
Calon Suami Hendaklah Mempunyai Syarat-Syarat Berikut :
a. islam 
b. Tertentu Orangnya
c. Tidak mempunyai Empat Orang isteri 
d. Tiada Halangan Untuk Berkahwin Dengan Perempuan Yang Hendak Di Nikahi Menurut Hukum Syarak.

e. Tidak Dalam Ihram Haji Atau Umrah.

f. Sah Kelelakiannya.
g. Sukarela Tanpa Paksaan Menurut Hukum Syarak.

2. Calon Isteri
Calon Isteri Hendaklahmempunyai sayarat-syarat berikut :
a. Islam Atau Kitabiyyah ( dengan syarat-syarat tertentu )
b. Tertentu Orangnya
c. Sah Kewanitaannya.
d. Tiada Tegahan Syarak Untuk Berkahwin Dengan Lelaki Yang Akan Menjadi Suaminya.
e. Bukan Isteri Orang Atau Dalam Idah Suami Terdahulu.
f. Tidak Dalam Ihram Haji Atau Umrah.
3. Wali
Wali Hendaklah Mempunyai Syarat-syarat Berikut :
a. Islam
b. Lelaki
c. Baligh
d. Sukarela
e. Tidak Dalam Ihran Haji atau Umrah 
f. Tidak Ditahan daripada Menguruskan kerana Safih (Bodoh/Dungu )
g. Sempurna Akal
h. Adil

4. Dua Orang Saksi Lelaki.
Saksi Hendaklah Mempunyai Syarat-syarat Berikut :
a. Islam
b. Sempurna Akal.
c. Baligh 
d. Lelaki
e. Boleh Mendengar 
f. Boleh Melihat
g. Boleh Bertutur
h. Faham Bahasa Ijab Dan Kabul

5. Sighah (  Lafaz Ijab Dan Kabul )
Ijab Dan Kabul Hendaklah Mengandungi Perkara-perkara Berikut:
a. Lafaz Ijab Dengan lafaz nikah atau tazwij atau terjemahan.
b. Lafaz akad tidak mengandungi taklik
c. Lafaz akad tidak mengandungi batas waktu.
d. Lafaz Kabul hendaklah mengandungi lafaz terima nikah 
e. Lafaz Kabul hendaklah disebut nama perempuan atau ganti nama.
f. Lafaz ijab dan kabul hendaklah berturut-turut ( tidak diselangi dengan perkataan yang lain atau diam yang lama antara ijab dan kabul.)
g. Hendaklah berkekalan kelayakan orang yang melafazkan ijab dan kabul serta saksi -saksi itu sehingga selesai akad.
h. Lafaz ijab dan kabul didengari dan difaham oleh dua saksi.


::  the end ::

Pengikut