Blogger Layouts
Memaparkan catatan dengan label Cerita Aku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cerita Aku. Papar semua catatan

Rabu, 28 November 2012

my 1st aniversary..:)

asalammualaikum semua

sepuluh jari ku tadah mengucapkan syukur kehadrat ilahi kerana dengan restu darinya perkahwinan kami telah genap 1 tahun..pelbagai dugaan dan rintangan yang diberikan untuk mematangkan diri kami telah membuatkan kami memahami antara satu sama lain...
dan dalam mase setahun nie kami bakal menimang cahaya mata pada hujung tahun nanti..doakan agar aku selamat melahirkan junior kami..:)

biasanya kalau aniversary ke birthday ke mesti ade hadiahkan.. so aritu mase kuar cri baju untuk kenduri 7 bulan.. hubby ajak g servey wallet adelah 1 wallet sembonia tu mmg gler aku minat sgt harga pown bole tahan... hubby tanye nak beli skrg ke nanti..aku ckpbeli nanti jerk la.. lagi pown xbest la lom smpi mase dah ade hadiah kan... hihihi...

so bile dah smpi hari tersebut, aku dok hint2 kat laki aku dye wat xtaw jerk.. tp dye bawe aku jln g umah abg aku dekat kl.. tdo sane semalam then blik bp..pusing2 dengan anak buah aku dekat sane.. bile dah blik bp selang beberapa hari dye ajak aku g shoping mall.. aku ingat dye nak cri brg bby or brg dye.. smpi depan butik sembonia dye soh aku masuk n pilih wallet yang aku nak.. hu2.. tercapai gak cite2 aku nak tukar wallet baru..:)

tapi syg la plak.. wallet yang aku minat dah kne sambar dengan org lain... sedih beb, so terpaksalah aku pilih wallet lain..nasib ade yang berkenan.. kopak gak la poket en.hubby... kih2... tp en.hubby pown dah dpt hadiah awal dri aku.. aku bg dye hadiah talli pinggang kulit jenama kickers..jom lyn pic wallet yang aku pilih..:)

tara... cantik x? hi2...

close up... sy sgt sukekannya...

hubby sejak azali mmg tahu yang aku mmg minat gler dekat jenama sembonia.. that's y dye dah penah belikan 3 pasang kasut sembonia, 2 handbag dan 1 wallet...tq hubby..:)

:: the end ::

Jumaat, 30 Mac 2012

Jumaat yang syahdu...

salam uolls..

jumaat ini merupakan jumaat terakhir buatku menekan-nekan keyboard didalam bilik ini... membuat segala kerja yang masih ada.. senang cite jumaat terakhir untuk aku berada di MOF.. jumaat terakhir untuk aku berjumpa dengan kawan sepejabat dengan aku...

arini juga dekat opis aku ade buat bacaan yassin dan jamuan sektor D.. bolehlah aku luangkan mase bersama yang lain..ceh perasaan jerk aku nak luangkan mase dengan yang lain..." yang lain tu nak ke luangkan mase dengan aku..." kah2.. just joke.. 

esk en.suami dah nak bawe pulang aku ke batu pahat sure banjir presint 8,putrajaya nie nanti... sedih,pilu.. gembira semua bercampur baur.. pagi tadi aku dah buat anak buah aku menangis.. sedih lak aku tgk dye managis... sebenarnya bukan aku yang buat pown..dye main dalam bilik aku dan kaki dye terkena pada botol yang dye jatuhkan sendiri... terus majuk dengan aku xnak aku dokong dye.. adoi..blik keje nie kne pujuk budak kecik nie...:)

arinie juga aku nak jumpe semua org yang kenal diri aku nie ingin memohon maaf atas segala kesalahan dan harap dihalalkan makan dan minum.. bagi kekawan yang aku xsempat nak jumpe.. aku minx maaf saja lah dekat dalam blog nie.. ade mase kte jumpe lagi dilain hari... doakan kesahteraan aku berada ditempat kerja baru aku tu nanti...:)

:: the end ::

Rabu, 28 Mac 2012

Di Minggu Terakhirku...:(

salam uolls...

minggu nie merupakan minggu terakhir aku berada diputrajaya... aku mm xpernah kongsi tentang perkara nie, tp disebabkan ade mase terluang yang bole aku kongsikan cerita ini aku coretla juga berjuta perkataan... kih2.. dalam kegembiraan namun ade kesedihan.. sedih nak tinggalkan anak buah yang sgt manje dengan aku... gembira sbb xlame lagi akan ddk bersama en.suami tercinta... 
semakin berat hati aku bile anak buah aku seolah - olah dia faham yang aku tidak akan duduk sekali dengannya.. semakin hari semakin manje... now dye dah pandai merangkak masuk ke bilik aku dan mencari aku... setiap kali tu aku rase mcm nak menangis dan aku tahan sebab aku xnak dye nmpk aku sedih...

aku amik keputusan untuk pindah ddk dibatu pahat dan meninggalkan kerja yang aku ade sekarang adelah kerana aku dah xsanggup ddk berjauhan dengan suami dan aku juga dah xlarat nak naik turun bus.. keputusan ini juga aku yang buat jadi aku harus tabah dan kuat untuk meninggalkan ape yang aku ada disini... mane tahu tuhan akan beri aku rezeki untuk mengantikan kasih sayang aku pada nank aku sendiri nanti...

ahad aritu en.suami dah bawe sebahagian baju aku pulang ke kg.. hujung minggu nie mulalah operasi untuk pemindahan sepenuhnya.. aku saje nak berhenti awal sebab aku nak rest sekejap before aku menerima cabaran baru ditempat kerja baru.. aku mula kerja ditempat baru bermula pada 9 April 2012... hope semuanya berjalan dengan lancar.. amin...

dan aku harap aku xdelah menangis mase nak tinggalakn buah hati aku yang sorg tu... hee...:D..

:: the end ::

Khamis, 23 Februari 2012

Aus di MTD

assalamualaikum... 

n3 kali nie aku nak bercerita tentang adik ipar aku yang bongsu bertukar sekolah ke MTD, Sungai Besi..
ape itu MTD?? MTD adelah Maktab Tentera Diraja.. Di sebabkan minat dan usaha dye untuk mencapai 8A berjaya lalu permohonannye untuk memasuki sekolah tersebut telah diterima.. so jom kte lyn pic mase pendaftaran dan ape yang belau disane..

 sewaktu pendaftaran

Mase nie lps amik brg dlm kete sbb nak g asrama dah..

my hubby with aus yang dah ready nak masuk dewan..

my family...:)

me with my love family..

seminggu semase aus di MTD








mase seminggu awal nie kami melawat aus 2 ari berturut-turut... pelbagai cerita yang kami semua dengar dari aus.. yela selama nie semua keperluan disediakan oleh mak mertua aku.. now dah duduk asrama semua kne buat sendiri... kih2.. kes buli mmg terjadi la waktu orentasi.. nasib aus nie kuat dan tabah.. hope aus akan terus tabah menghadapi ari2 yang mendatang di MTD...:)


:: THE END ::

20 Tips Amalan Romantik Suami Isteri..

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.
2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.
3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.
8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan,jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. Jika boleh, biarlah berlaku dalam bilik ‘beradu suami isteri’ agar ia berakhir dengan ‘kemesraan’ jauh dari pandangan anak-anak.
9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.
10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.
12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.
16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.
17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.
19. Setiap pagi berikan kucupan tanda sayang agar harinya dimulakan dengan senyuman, dan malam bisikan manja tanda terima kasih sepanjang hari berbakti kepada keluarga yang dibina bersama.Tidak salah juga minta maaf andai hari itu ada perkara yang mengguris hati suami/isteri, jangan tunggu raya sahaja!
20. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.
Nabi Muhammad SAW bersabda :
“Lelaki yang paling baik dari umatku adalah lelaki yang paling baik kepada isterinya. Dan wanita yang paling baik dari umatku adalah wanita yang paling baik bagi suaminya.
Bagi isteri yang baik pada suaminya tiap hari akan mendapat SERIBU syahid (karena ikhlas dan sabarnya). Wanita yang paling baik adalah wanita yang membahagiakan suami dalam segala hal yang diinginkannya, selain bermaksiat kepada ALLAH.
Lelaki yang paling baik dari umatku adalah lelaki yang bersifat lembut pada istrinya. Setiap hari Suami yang baik kepada istrinya akan mendapat SERATUS SYAHID (karena ikhlas dan sabarnya).”
Dengan hairan Umar bin al-Khatab as bertanya, ” Wahai Rasulullah, mengapa wanita dapat pahala SERIBU, sedang lelaki hanya SERATUS?”.
Nabi SAW menjawab, “Wahai Umar! Pahala dan keutamaan istri lebih besar dari suaminya, karena ALLAH SWT mengangkat darjat lelaki di dalam Syurga beberapa darjat dikeranakan redha dan doa isteri kepada suaminya.
Namun ketahuilah bahwa dosa terbesar setelah syirik kepada ALLAH adalah menderhakai suami. Dan takutlah kalian kepada ALLAH terhadap DUA ORANG LEMAH, yakni ANAK YATIM dan ISTRI.
Barang siapa yang berlaku baik kepada keduanya/lemah lembut, bererti ia telah menggapai redha ALLAH. Dan barang siapa yang berlaku buruk kepada keduanya, maka ia berhak mendapat murkaNya…
Hak isteri atas suaminya adalah seperti hakKU atas kalian. Barang siapa yang menyia-nyiakan hak ALLAH, maka ia akan kembali dengan mendapat murka ALLAH SWT dan tempat kembalinya adalah tempat yang paling buruk, yaitu Neraka Jahanam”.
Dari Abu Hurairah r.a. berkata :Rasulullah SAW bersabda : “Orang mu’min yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya, dan orang yang paling baik diantara kalian adalah yang paling baik terhadap para istrinya.” (HR Tirmidzi)


Jumaat, 17 Februari 2012

with my new shoes..:)


tara.... hi2, lame dah aku xshoping kasut nie pown beli setalh berbulan lamenye aku usha kasut nie setiap kali berjalan di BP MALL... lpstu igt blik KL nak beli la kat KL jerk.. bile dok cari2 xpenah jumpe.. usha kasut nie punye la lame dari last year then awal bulan 1 aritu baru dapat beli.. last2 kne beli dekat BP Mall tu jugak...belas ehsan dari en.hubby belikan untuk aku sbb aku dah terlalu minat sgt dengan kasut nie.. fully kulit ok..!!! harga menjadi rahsia...:D


~ the end ~

Khamis, 2 Februari 2012

Tanjung Piai, Pontian Johor ^_^

asslammualaikum 

harinie aku nak updated beberape n3 yang tertunggak pada cuti-cuti yang lalu.. salah satunya adelah percutian pade CNY yang lalu.. aku telah menghabiskan mase bersama family sebelah husband aku dan kami telah sempat singgah disalah 1 tempat terkenal di Pontian,Johor... Iaitu " Tanjung Piai " @ lebih dikenali sebagai penghujung benua asia..

dah lame sebenarnya rancang nak g sane.. asyik ade yang bende lain nak kne buat.. alang-alang dah smpi jb dan mase nak otw nak blik bp ikot jalan lame tu kami decide nak singgah kat tanjung piai tu... okey masuk kne byr okey.. dewase rm 5...kanak-kanak rm 3...kami smpi tu plak hujan renyai2.. so alang - alang dah smpi sane kami pown redah jela hujan tu untuk kepuasan hati sendiri.. jom lyn gmbr..:)

sgt comel mereka berdua nie posing... 

trun aku lak amik gmbr kat sini... xleh nak panjat sbb takut jatuh...

me, aus & muhammad... yeay..!!! akhirnya berjaya..tahniah...:)

husband & wife... aku terase yang bdn ku semakin mengembang plak dlm gmbr nie..:p

saje posing kat sini sbb ade kapal besar2 kat belakang tu...

my husband... @ selat melaka...:)

@ selat johor...

walaupun hujan gerimis kami tetap posing sakan kat situ... abes posing kami pown gerak blik...
hubby kate lepas nie nak return blik jlan-jalan kat tanjung piai nie.. n nak tdo kat chelet kat situ..:)

:: the end ::

Rabu, 18 Januari 2012

My First Time..:)

assalammualaikum...

hye semua... kali nie aku nak cerita tentang " My First Time "... 
last week yang lalu aku blik kg mcm biase la aku n hubby g jalan - jalan.. date la kononnye.. yela dah ler dok jauh law dok dekat mau weekend dok umah jerk... mlas nak kuar.. tp sbb PJJ dan belum ade anak.. mase nie la kami gunekan untuk berjalan berdua-duaan..:)... so weekend lepas lps g shoping n cri hadiah insyirah aku ajak hubby try mkn tutti fruiti dekat depan sekolah convent... sbb kedai frozen yougart tu bru jerk buka dalam BP nie.. so harusla aku mencuba...:)

smpi jer mcm org terpinga-pinga.. sbb bru first time g tutti fruiti... org yang dah selalu pegi mesti ckp aku nie jakun kan.. wakakaka... so bile tgk org depanaku tu wat mcmane aku pown cube wat sendiri sambil ditemani oleh hubby tersayang...:).. 

step 1: amik cup yang bersesuaian... 
step 2 : pergi ke flavour kte minat.. dan press...
step 3: pergi ke bahagian topping 
step 4: timbang dan bayar...

senang jer rupenye...:)

untuk my first time nie mkn tutti fruiti 1 Cup kene RM 22.00.. anggaran dalam 450gm...:)
makan berdua okey... hik2...

:: the end ::

Rabu, 11 Januari 2012

:: weekend with hubby ::

assalammualaikum....

hi2... weekend yang lepas telah di abaeskan bersama hubby.. kali ini berlainan sebab "weekend with hubby" bukan di kg tp di KL....:)

my hubby... muke kepenatan naik bus...

pic kat atas nie mase dlm LRT nak g sentul timur... en.hubby nak ajak g umah aunty dye kat gombak..selalu g naik kete..so mase nie kne naik train jerk.. jimat dan mudah..xyah redah jammed...:)

so ari ahad lak bile en.hubby nak blik semula ke BP..kne naik bus gak.. so ade la sekeping gmbr yang aku sempt amik...:)

me with hubby...

mase nie tgh tgu bus..tp nie kat atas lagi blum turun ke platform lagi... huhu...
bile eb.hubby turun ke platform aku xdpt ikot dah... just sempat salam dan menitiskan air mata je... sedih wei... PJJ la katenye...huk2...

bile tnye hubby nak dtg lagi ke naik bus.. dye kate sure dye nak tetiap minggu pown bole.. wah happy sy mendengarnya...:)

:: the end ::

Khamis, 5 Januari 2012

Happy New Year ^_^

assalammualaikum...

selamat menyambut tahun baru... tahun baru, azam baru, kehidupan baru,status baru.. dan menanti org baru..:).. pejam celik kite semua dah melangkah ke tahun baru 2012.. kejap jerk rasenya sbb ari adelah ari ke 5 dalam tahun baru.. wah umur aku pown semakin meningkat menjadi 25 tahun.. mcmane dengan sambutan tahun baru uolls.. sure meriahkan.. sambut kat luar or dekat umah jerk??... pada tahun nie aku smbut new year with my hubby dan familynya.. dimana telah diadakan majlis sambutan hari jadi anak buah husband aku dan majlis kesyukuran diatas kecemerlangan adik husband aku yang telah mendapat keputusan 8A dalam peperiksaan PMR... tahniah diucapkan..:D

bagi aku sgt bersyukur kerana masih diberi peluang untuk hidup dimuka bumi yang dicipta oleh allah pada awal tahun nie...:).. keesokan harinya aku n hubby ajak my parents pegi jalan-jalan.. kononnye memula ajak mak g kedai RM2.. xsangka lak ayah pown nak follow skali.. ape lagi dalam mase yang ade hubby pown bawe kami pergi tanjung ketapang, muar untuk jlan2 rehatkan minda smbil tgk monyet.. lps tu g lak tanjung emas terletak sebelah dgn tanjung ketapang... lpk sebelah laut... angin sepoi2 bahasa.. syok jerk.... ade la gak beberapa keping gmbr aku snap... jom lyn..:)

my parents @ tanjung emas,Muar...

parents with hubby...

only me...ya allah comot betol muke aku... dah tembam lak tu...:D

only my lovely hubby...

lps g tanjung tu mak ajak g umak pakcik aku kat area muar.. lpk kat sane smpi dekat mahgrib baru la aku blik umah...:)

:: the end ::

Rabu, 28 Disember 2011

azam....:)

assalammualaikum...

hye uolls... pejam celik kejap jerk dah hujung tahun dan kite bakal meninggalkan segala kenangan suke duka,pahit manis ditahun 2011 ini xlame lagi.. dalam dok menhitung mase untuk meninggalkan tahun ini aku pown berfikirlah mengenai azam untuk masuk tahun baru... azam aku tahun 2011 dah tercapai dimana azam aku nk membina sebuah keluarga telah tercapai dangan jayanya... bile dah jadi suami isteri... so azam aku untuk tahun depan plak aku nak la plak jadi sebagai seorg ibu dengan jayanya...:p... mampukah aku??? 

selain azam aku nak timang baby... aku juga berazam ditahun baru ini aku dapat managed family aku sendiri.. aku nak ade rumah sendiri walaupun rumah sewa aku xksah asal aku ade tempat tinggal sendiri... so lpas tu awal tahun nie aku berazam nak g honeymoon with my husband.. lokasi masih dalam perbincangan...diharap segalanya berjalan dengan lancar dan mendapat redhaan dariNYA....

So azam aku dah ade untuk tahun depan.. korang semua mcmane plak.. meh la kongsi azam tahun baru dengan aku...:)

:: the end ::

Selasa, 1 November 2011

1.11.2011 - TUESDAY...

assalammualaikum...

harinie aku sgt suke untuk bercerita tentang 1.11.2011... cntik betol tarikh tu.. agak-agak ade x org wat majlis kawen harinie... akad nikah ke... bertunang ke.. or melahirkan anak ke... sbb tarikh cantikkan... hik3.. bulan ini jugak akan menukar status aku sebagai seor isteri (korg pown sedia maklumkan)... dimana tinggal 1 minggu lebih jerk lagi... bulan nie ada beberapa nombor yang cantik jugak untuk dipilih... 11.11.11 dan 20.11.2011... nice jerk kan... 

ikotkan aku nak nikah pada tarikh 11.11.11... tp apekan daya sbb tok kadi tu dah kne booking dulu..aku kne la mengalah... so dapatlah 12.11.2011.. cantik gak nombor tu... 20.11.2011 plak sepupu sebelah ayah aku kawen... gler cantik nombor tu sure dyeorg dah aim lame dengan tarikh tersebut....

bermulalah 1 november... mcm biasa aku kne lah prepare gaji, pagi2 aku dtg kje dah kne print borang gaji dan lpas tu kne photostat punch card.. kemudian tunggu bos dtg dan minta sign barulah aku leh anta gaji pada unit kewangan untuk diproses... selama hampir 3 tahun aku bekerja disini buat pertama kalinya aku tersalah buat kiraan hari bekerja... owh sungguh mengelirukan.. dan terpaksalah aku print semula borang gaji tu... huk2...(nie mesti gara-gara xsabar nak cuti kawen...hik2..)

anyway... selamat memulakan tugas di bulan baru...:)

:: the end ::

Isnin, 24 Oktober 2011

monday blues..~~~

assalammualaikum...
hu3... today is monday... so mood pown sentimental jerk nak wat keje
walaupun dtg keje pagi nie dah ade fail yang sedia menanti untuk direkodkan
dengan arahan serta merta okey..!!!! fuh... aku pown merajinkan diri untuk rekod dulu 
kesemua fail yang penuh sabar menanti untuk diedarkan.. 

bila  dah monday blues nie so pagi nie pown mcm ramai jerk officemate aku yang 
tak menghadirkan diri ke pejabat... huk3.. bertambahlah kebosanan aku 
untuk ari ini... so nak xnak aku terpaksala laluinya dengan tenang...
cube buat kerja dengan penuh rase keikhlasan... wakakaka...!!!

bile munculnya minggu yang baru maka semakin hampir 
kepada hari yang penuh bersejarah dalam hidup aku... maka tinggallah dalam 
18 ari jerk lagi untuk aku menghabiskan zaman bujang ini... ape aku nak wat erk... any idea..??
atau aku perlu memanfaatkan masa yang ada mempersiapkan diri untuk memasuki alam yang baru..

wakakaka... sudah bersediakah aku untuk menjadi seorg isteri yang solehah??
sodah bolehkah aku memasak untuk seorg suami?? sudah pandaikah aku menjaga tatasusila 
bila sudah bekerluarga.... hu2.. bila monday blues menjelma nie la yang akan aku cube mencari jawapan untuk semua soalan diatas.... tapi masih buntu untuk mencari jawapan...

:: the end ::

Khamis, 20 Oktober 2011

wedding my office mate - Pn. Azra

assalammualaikum..

hujung minggu yang lepas aku dan en.tunang telah menghadiri 1 majlis perkahwinan rakan sepejabat aku... majlis tersebut telah diadakan di pontian, johor... tgk member kawen aku lak yang terasa dup dap dup dap... kih2... yela aku pown b2b jugak...!!!

so gerak dari batu pahat pukul 12.00 tgh ari.. igt xnak la ikot highway tp disebabkan ada kawan-kawan aku yang lain datang dari putrajaya dah terang lagi nyata dyeorg tu semua ikot highway kan.. so dyeorg aku soh tgu dekat RNR Machap.. dari tol yong peng nak ke RNR Machap tu xdela jauh sgt pown... lepas berkumpul semua dekat situ kami meneruskan expidisi terus ke pontian... exit simpang renggam.. agak jauh jugakla kalo bg yang first time smpi.. peta yang disediakan pada kad kawen tersebut adalah sgt berkesan dan kami tidak sesat.. disamping en.tunang yang sgt cekap dengan jalan sekitar johor...:)

kami smpi disaat kedua mempelai sudah mahu bersanding... aku pown sempat la jugak snap beberapa keping gambar...so jom lyn....

nie la dye my opis mate yang chumel...
sekarang dah bergelar puan azra okey...!!

raja dah permaisuri sehari yang kami semua raikan...
wah kelas gitu...

lepas jerk amik pic semua tu en.tunang dah sebok nak ajak blik... sbb kami ada brg lagi yang perlu dibeli untuk majlis kami nanti... so terus la gerak blik...:)

:: the end ::

Khamis, 6 Oktober 2011

Fever Again..:(

assalammualaikum..

hye rakan bloggerku sekalian... arinie aku xde n3 yang best untuk tatapan korg semua... just want to share... lately nie aku kerap demam, ntah kenapa aku selalu sgt demam nie..selsema n batuk jgn ckp la... so nk wat mcmane ke la tahan jerk..:(... mak aku kate nie demam sebab nak kawen.. adoi.. ade plak mcm tu... untuk pengetahuan korg aku mmg susah gler nak demam dri kecik dulu... nie plak dah besar makin kerap demam... bulan lepas sebelum raya dah demam, lepas tu demam yang teruk pada pertengahan raya... skrg nie aku demam balik... hua.... tolong la doktor bg sy ubat yang kuat...sebulan jerk lagi sy nk kawen nie.. nanti sy batuk2 plak atas pelamin... xmo...:(

:: the end ::

Rabu, 5 Oktober 2011

1 Bulan & 6 Hari lagi...

assalammualaikum rakan blogger sekalian..

hu.... pagi nie aku bgn g kerja mcm biasa.. tp arinie g kje naik bus lagi sbb akak aku xkje.. mia demam lagi.. kali nie mia terpaksa di bawa check up ke hospital putrajaya sbb suhu bdnnya terlalu panas... sgt kesian... merengek saje yang dia dpt ungkapkan untuk menunjukkan yang dia tgh sakit...

okey arinie juga aku kira-kira tinggal 1 bulan 6 ari jerk lagi aku nk menjadi seorg suri dihati seorg lelaki... aku mengharapkan segalanya berjalan dengan lancar...:)

hik2... xsabarnya nak jadi permaisuri sehari nie...dengan ditemani oleh sang raja yang tampan dan segak...:).. alhamdulillah segala persiapan aku dah nak settle tinggal hal yang sikit2 jerk sekarang nie... wat masa sekrg nie semua  berjalan dengan lancar... 

jantung aku dah dup... dap.... jerk sekrg nie menghitung waktu demi waktu... hari demi hari yang berlalu.... mengharaapkan dipermudahkan untuk segalanya... amin...

the next n3 aku akan updated pasal doorgift tetamu yang dah siap deco...:)...

:: the end ::

Selasa, 27 September 2011

BINGGUNG..~~~

hye rakan blogger ku sekalian...

boleh x korang bagi pendapat mengenai masalah kelewatan period @ lewat datang bulan... yerla dua bulan kebelakangan ini aku selalu lewat dtg period.. bulan lepas 4 ari aku lewat.. bulan nie plak hampir  seminggu dah aku xdtgjugak period... adekah salah satu faktor sbb aku stress memikirkan tentang hal perkahwinan aku... oh tidak....!!!!

bulan lepas adalah aku berjumpa dgn doktor sbb mase tu aku demam.. pastu dye suspek aku ade tiriod.. tp doktor ckp law aku mkn ubat kelenjar tu susut dri bengkak it's okey... xyah g amik darah... so bile dah semuanya okey aku pown xdelah g check darah kat hospital...

aku berpendapat sbb aku stress... pk pasal wedding n pasal hal kerja.... tanda-tanda nak period tu ada on/off....tp tula... law xokey gak smpi hujung bulan nie.. aku rase nk g check kat klinik lagi la... ape pendapat korg...???

:: the end ::

Khamis, 25 Ogos 2011

bonus + komisen kuih raya....selamat hari raya...

sempena bulan yang mulia penuh keberkatan ini aku mengambil kesempatan untuk menjual secara kecil-kecilan je... nak tahu aku meniaga ape kat opis nie.. dah mmg tetiap tahun kot aku wat.. hi3.. aku jual kuih raya.. mcm2 jenis kuih raya aku jual.. semuanya aku amik dari kg... so aku nekad untuk tahun depan aku cube untuk buat sendiri...:D..( xtaw la menjadi ker x...:p)

so bile dah meniagakan org punye nie adelah sikit komisen aku dpt... so bile PM umumkan kerajaan bgi bonus setgh bulan gaji.. ape lagi bertambah nikmatlah raya kali nie.. (padahal mmg tetiap tahun pown dpt bonus).. hu3.. tp tahun nie aku xleh nk shoping sakan sebb nak kne berjimat cermat.. simpan untuk mase depan lagi penting.. tinggal 2 bulan lebih jerk dri sekarang untuk menjadi raja sehari..:)...

persiapan raya :

~ duit raya dah tukar 
~ baju raya ada 2 pasang je tahun nie..
~ kuih raya dah settle.. abes rm 200.00++

tinggal tunggu nak blik raya jerk nie...:)

selamat hari raya...!!!!

Zakat Fitrah...

pagi khamis yang ceria tetiba aku rase ceria harinie.. hik2.. sebab ape?? sbb kte semua dah nak raya.. yeay...!!!.. yela raya setahun hanya sekali...dan kite semua mengerjakan ibadah berpuasa juga setahun sekali... same juga kite bayar zakat fitrah hanya setahun sekali...:D... 

so now nak dijadikan cerita tentang zakat fitrah...weekend yang lepas en.tunang dtg cnie anta stock kuih raya untuk diedarkan kepada bdk2 opis aku yang dah order sebelum puasa aritu.. en.tunang sampai ari jumaat mlm sabtu bawe skali mak dan ayah aku untuk jumpe dgn cucu yang lame dirindui.. so ptg sabtu tu ajak en.tunang anta stock kuih kat opis.. lepas siap anta tu aku ajak dye g bazar depan opis.. beli nasi kerabu yang mak aku kirim.. lepas beli 2 bungkus nasi kerabu aku pown teringat nak bayar zakat... walaupun kaunter zakat tu lom buke..aku tetap tunggu gak.. en.tunang dok dalam kete.. lepas kaunter tu buka xlama lepas tu aku lah org pertama yang dok kat kerusi kaunter tu nak bayar zakat..

tahun lepas ayah aku bayarkan.. untuk tahun nie ayah nak aku bayar sendiri yerla ayah pown dah bekerja.. so mmg patut lah aku bayar sendiri.. tp untuk tahun nie jerk.. sebeb ahun depan en.tunang a.k.a en.suami la yang kene bayarkan... hi2...hanya RM 7.00 seorang sahaja untuk membayar zakat tersebut.. 

 pic aku google jerk kat internet.. so aku DAH BAYAR ZAKAT...!!!

:: the end ::

Selasa, 16 Ogos 2011

raya oh raya....

alhamdulillah...syukur padamu ya allah.. kerana masih memnajangkan lagi usia aku untuk bersama-sama menghayati bulan ramadhan yang penuh keberkatan ini... sungguh cepat masa berlalu.. diam xdiam dah 16 ari kte semua berpuasa... tinggal 13 ari jerk lagi nak menyambut syawal yang indah...

so mcm tahun2 lepas aku menjual pelbagai jenis kuih raya... so far tahun nie okey jugak la dri xde org yang orderkan... hi2...edaran akan dilakukan pada 22/8/2011... okey nie cerita pasal kuih raya.. aku jual dan ade aku beli gak ngan org lain... pasal persiapan raya lak yang lain2 mcmane?... hi3.. en.tunang ckp tahun nie dye xnak raya.. dye nak tgu raya tahun depan.. sbb kami akan menjadi husband n wife...:)..
wah seronok gitu... 

en.tunang xmo beli baju bru.. dye nak pakai bju lama jerk.. aku jerk yang beli.. dah ade 2 pasang dah baju raya.. tahun nie aku bernekad xmo beli kasut raya.. yerla.. nak g mane pown jerk kan.. kasut aku g opis nie leh la gak wat sbagai kasut raya...yang tahun lps punye pown elok lagi... hi3...tahun nie punye bonus pown ade.. tp masuk lmbt plak.. maybe insyallah masuk before raya.. kata akak yang selalu punch gaji aku tu.. okey la.. dari xde langsungkan.. hi2...

blik raya? maybe aku akan blik with akak aku n husband dye.. blik ari jumaat mlm or ari sabtu pagi.. tu xsure lagi.. hi2... so ape2 pown aku ucapkan selamat menyambut ketibaan syawal yang mulia...:)

:: the end ::

Pengikut