Blogger Layouts

Khamis, 24 Februari 2011

:: RUKUN NIKAH ::

salam 1 malaysia...:)

hye morning pagi nie nk share sikit pasal ape yang aku dpt mase kursus kahwin ari tu.. nie nk share pasal RUKUN NIKAH....:) semoga boleh dijadikan panduan ...

Rukun Nikah Ada 5:

1. Calon Suami 
Calon Suami Hendaklah Mempunyai Syarat-Syarat Berikut :
a. islam 
b. Tertentu Orangnya
c. Tidak mempunyai Empat Orang isteri 
d. Tiada Halangan Untuk Berkahwin Dengan Perempuan Yang Hendak Di Nikahi Menurut Hukum Syarak.

e. Tidak Dalam Ihram Haji Atau Umrah.

f. Sah Kelelakiannya.
g. Sukarela Tanpa Paksaan Menurut Hukum Syarak.

2. Calon Isteri
Calon Isteri Hendaklahmempunyai sayarat-syarat berikut :
a. Islam Atau Kitabiyyah ( dengan syarat-syarat tertentu )
b. Tertentu Orangnya
c. Sah Kewanitaannya.
d. Tiada Tegahan Syarak Untuk Berkahwin Dengan Lelaki Yang Akan Menjadi Suaminya.
e. Bukan Isteri Orang Atau Dalam Idah Suami Terdahulu.
f. Tidak Dalam Ihram Haji Atau Umrah.
3. Wali
Wali Hendaklah Mempunyai Syarat-syarat Berikut :
a. Islam
b. Lelaki
c. Baligh
d. Sukarela
e. Tidak Dalam Ihran Haji atau Umrah 
f. Tidak Ditahan daripada Menguruskan kerana Safih (Bodoh/Dungu )
g. Sempurna Akal
h. Adil

4. Dua Orang Saksi Lelaki.
Saksi Hendaklah Mempunyai Syarat-syarat Berikut :
a. Islam
b. Sempurna Akal.
c. Baligh 
d. Lelaki
e. Boleh Mendengar 
f. Boleh Melihat
g. Boleh Bertutur
h. Faham Bahasa Ijab Dan Kabul

5. Sighah (  Lafaz Ijab Dan Kabul )
Ijab Dan Kabul Hendaklah Mengandungi Perkara-perkara Berikut:
a. Lafaz Ijab Dengan lafaz nikah atau tazwij atau terjemahan.
b. Lafaz akad tidak mengandungi taklik
c. Lafaz akad tidak mengandungi batas waktu.
d. Lafaz Kabul hendaklah mengandungi lafaz terima nikah 
e. Lafaz Kabul hendaklah disebut nama perempuan atau ganti nama.
f. Lafaz ijab dan kabul hendaklah berturut-turut ( tidak diselangi dengan perkataan yang lain atau diam yang lama antara ijab dan kabul.)
g. Hendaklah berkekalan kelayakan orang yang melafazkan ijab dan kabul serta saksi -saksi itu sehingga selesai akad.
h. Lafaz ijab dan kabul didengari dan difaham oleh dua saksi.


::  the end ::

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengikut