Blogger Layouts

Isnin, 17 Disember 2012

Pengetahuan mengenai mandi wiladah dan mandi nifas

assalammualaikum..

hari ini aku nak share pasal mandi wiladah n nifas lepas bersalin... sebenarnya aku baru tahu hal ini almaklum la aku nie bukan lah cetek pasal agama cuma aku perlu bnyk lagi mempelajari tentang hal agama.. ini pown telah dikongsikan oleh adik ipar aku yang bru melahirkan bayinya yang ke 2...:)

okey let's story about mandi wiladah dan nifas

Mandi wiladah ialah mandi selepas melahirkan anak sama ada keluar darah atau tidak, tidak kira cara normal atau pembedahan.

Terdapat perbezaan antara wiladah & nifas. Wiladah merupakan darah yang keluar bersama-sama bayi ketika melahirkan, tak kira secara normal atau pembedahan. Manakala Nifas merupakan darah yang yang keluar selepas melahirkan, walaupun setitik. darah nifas akan keluar paling maksima 60hari dan kalau ada lagi darah selepas tempoh 60hari, wajib ke atas ibu tersebut untuk melakukan solat kerana darah tersebut dikira darah istihadhah.

pasal hukum pulak, berdosa sekiranya seseorang wanita itu tidak mandi wiladah sekiranya dia tahu akan hal tersebut tetapi tidak berdosa jika sebaliknya. so sekarang semua mom to be dah baca entry ni, pas bersalin nanti jangan lupa mandi wiladah ye.

Niat mandi wiladah : 

"Sahaja aku mandi wajib wiladah kerana Allah Ta'ala"

Niat mandi nifas :

"Sahaja aku mandi wajib nifas kerana Allah Ta'ala"

okey sekadar berkongsi...jika ade yang aku tersalah kongsi korang boleh cari kat blog lain...:)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengikut