Blogger Layouts

Khamis, 6 Disember 2012

Kuih Goyang a.k.a Kuih Ros

assalammualaikum...

hye uolls, tetiba mcm rajin lak nak updated blog yang seberapa nie.. hari nie mcm nak share resepi untuk membuat kuih goyang atau lebih dikenali sebagai kuih ros... actually kuih nie mak aku wat time raya jerk.. so xde la selalu dapat mkn, tapi tetiba semalam mak mertua minx tlg buatkan.. memula call mak kat kg tanye larat x minx tlg buatkan..mak cakap xlarat sbb kaki mak xberapa sihat sejak jatuh dekat ayer keroh tu xbebaik lagi...sian mak.. bile bagitaw dekat mak mertua yang mak xlarat buat dye terus minx mak kat kg just bancuhkan jerk sekampit bersamaan 1/2 kg... so mak kat kg sanggup bancuhkan dan kami goreng sendiri.. hihihi...lucu..

hubby blik keje terus ajak hubby blik kg..sbb nak minx mak bancuhkan adunan kuih tersebut.. kami belikan telur,gula,tepung beras dan tepung gandum... xdela susah sgt rupanya nak bancuh kuih nie...jom aku share resepinya...

500 gm - tepung beras
11/2  cawan -  tepung gandum
11/2 - gula kasar
11/2 - biji kelapa (utk mendapatkan santan yang pekat)
2 biji - telur ayam

cara-cara membuatnya:

campurkan kesemua badan diatas mengikut sukatan kemudian campurkan dengan santan serta telur gaul hingga sebati... untuk mendapatkan tekstur adunan tepung yang licin, adunan tepung tersebut haruslah diblander mengunakan blander yang biasa diigunakan..sbb law xbalnder nanti adunan tepung tu akan seolah-olah bergentel-gentel.

buat benda nie xdelah leceh..tp memakan masa yang lama...:) sbb tu org yang jual kuih nie mahal..kire cos penat skali kot.. wakakaka...so jom kte tgk hasilnya...


hasilnya... sgt sedap..

selamat mencuba...
tapi sesiapa yang xnak buat dan nak tempah dgn aku leh gak... tp tempahan dibuka semasa raya sahaja...:p

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengikut