Blogger Layouts

Jumaat, 30 Mac 2012

Jumaat yang syahdu...

salam uolls..

jumaat ini merupakan jumaat terakhir buatku menekan-nekan keyboard didalam bilik ini... membuat segala kerja yang masih ada.. senang cite jumaat terakhir untuk aku berada di MOF.. jumaat terakhir untuk aku berjumpa dengan kawan sepejabat dengan aku...

arini juga dekat opis aku ade buat bacaan yassin dan jamuan sektor D.. bolehlah aku luangkan mase bersama yang lain..ceh perasaan jerk aku nak luangkan mase dengan yang lain..." yang lain tu nak ke luangkan mase dengan aku..." kah2.. just joke.. 

esk en.suami dah nak bawe pulang aku ke batu pahat sure banjir presint 8,putrajaya nie nanti... sedih,pilu.. gembira semua bercampur baur.. pagi tadi aku dah buat anak buah aku menangis.. sedih lak aku tgk dye managis... sebenarnya bukan aku yang buat pown..dye main dalam bilik aku dan kaki dye terkena pada botol yang dye jatuhkan sendiri... terus majuk dengan aku xnak aku dokong dye.. adoi..blik keje nie kne pujuk budak kecik nie...:)

arinie juga aku nak jumpe semua org yang kenal diri aku nie ingin memohon maaf atas segala kesalahan dan harap dihalalkan makan dan minum.. bagi kekawan yang aku xsempat nak jumpe.. aku minx maaf saja lah dekat dalam blog nie.. ade mase kte jumpe lagi dilain hari... doakan kesahteraan aku berada ditempat kerja baru aku tu nanti...:)

:: the end ::

Khamis, 29 Mac 2012

Fahami Kitaran Haid


salam uolls.. 
just nak share tentang perkara ini kerana aku pown tgh merancang untuk mendapatkan zuriat sendiri..so dalam usaha itu,haruslah kite mamahami terdahulu kitaran haid setiap bulan.. bile dah faham bru la boleh diamalkan...
Gud luck..;)
FAHAMI KITARAN HAID
Saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.
Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.
Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) – ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.
Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.
Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.
Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.

Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
** (14 days from the 1st day of your NEXT period – NOT your previous period)

Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari – 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari – 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.

Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR

Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik2 di K.Lumpur.


MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT

Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.

Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.

Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.

Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.

Rabu, 28 Mac 2012

Di Minggu Terakhirku...:(

salam uolls...

minggu nie merupakan minggu terakhir aku berada diputrajaya... aku mm xpernah kongsi tentang perkara nie, tp disebabkan ade mase terluang yang bole aku kongsikan cerita ini aku coretla juga berjuta perkataan... kih2.. dalam kegembiraan namun ade kesedihan.. sedih nak tinggalkan anak buah yang sgt manje dengan aku... gembira sbb xlame lagi akan ddk bersama en.suami tercinta... 
semakin berat hati aku bile anak buah aku seolah - olah dia faham yang aku tidak akan duduk sekali dengannya.. semakin hari semakin manje... now dye dah pandai merangkak masuk ke bilik aku dan mencari aku... setiap kali tu aku rase mcm nak menangis dan aku tahan sebab aku xnak dye nmpk aku sedih...

aku amik keputusan untuk pindah ddk dibatu pahat dan meninggalkan kerja yang aku ade sekarang adelah kerana aku dah xsanggup ddk berjauhan dengan suami dan aku juga dah xlarat nak naik turun bus.. keputusan ini juga aku yang buat jadi aku harus tabah dan kuat untuk meninggalkan ape yang aku ada disini... mane tahu tuhan akan beri aku rezeki untuk mengantikan kasih sayang aku pada nank aku sendiri nanti...

ahad aritu en.suami dah bawe sebahagian baju aku pulang ke kg.. hujung minggu nie mulalah operasi untuk pemindahan sepenuhnya.. aku saje nak berhenti awal sebab aku nak rest sekejap before aku menerima cabaran baru ditempat kerja baru.. aku mula kerja ditempat baru bermula pada 9 April 2012... hope semuanya berjalan dengan lancar.. amin...

dan aku harap aku xdelah menangis mase nak tinggalakn buah hati aku yang sorg tu... hee...:D..

:: the end ::

Khamis, 23 Februari 2012

Aus di MTD

assalamualaikum... 

n3 kali nie aku nak bercerita tentang adik ipar aku yang bongsu bertukar sekolah ke MTD, Sungai Besi..
ape itu MTD?? MTD adelah Maktab Tentera Diraja.. Di sebabkan minat dan usaha dye untuk mencapai 8A berjaya lalu permohonannye untuk memasuki sekolah tersebut telah diterima.. so jom kte lyn pic mase pendaftaran dan ape yang belau disane..

 sewaktu pendaftaran

Mase nie lps amik brg dlm kete sbb nak g asrama dah..

my hubby with aus yang dah ready nak masuk dewan..

my family...:)

me with my love family..

seminggu semase aus di MTD








mase seminggu awal nie kami melawat aus 2 ari berturut-turut... pelbagai cerita yang kami semua dengar dari aus.. yela selama nie semua keperluan disediakan oleh mak mertua aku.. now dah duduk asrama semua kne buat sendiri... kih2.. kes buli mmg terjadi la waktu orentasi.. nasib aus nie kuat dan tabah.. hope aus akan terus tabah menghadapi ari2 yang mendatang di MTD...:)


:: THE END ::

20 Tips Amalan Romantik Suami Isteri..

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.
2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.
3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.
8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan,jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. Jika boleh, biarlah berlaku dalam bilik ‘beradu suami isteri’ agar ia berakhir dengan ‘kemesraan’ jauh dari pandangan anak-anak.
9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.
10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.
12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.
16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.
17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.
19. Setiap pagi berikan kucupan tanda sayang agar harinya dimulakan dengan senyuman, dan malam bisikan manja tanda terima kasih sepanjang hari berbakti kepada keluarga yang dibina bersama.Tidak salah juga minta maaf andai hari itu ada perkara yang mengguris hati suami/isteri, jangan tunggu raya sahaja!
20. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.
Nabi Muhammad SAW bersabda :
“Lelaki yang paling baik dari umatku adalah lelaki yang paling baik kepada isterinya. Dan wanita yang paling baik dari umatku adalah wanita yang paling baik bagi suaminya.
Bagi isteri yang baik pada suaminya tiap hari akan mendapat SERIBU syahid (karena ikhlas dan sabarnya). Wanita yang paling baik adalah wanita yang membahagiakan suami dalam segala hal yang diinginkannya, selain bermaksiat kepada ALLAH.
Lelaki yang paling baik dari umatku adalah lelaki yang bersifat lembut pada istrinya. Setiap hari Suami yang baik kepada istrinya akan mendapat SERATUS SYAHID (karena ikhlas dan sabarnya).”
Dengan hairan Umar bin al-Khatab as bertanya, ” Wahai Rasulullah, mengapa wanita dapat pahala SERIBU, sedang lelaki hanya SERATUS?”.
Nabi SAW menjawab, “Wahai Umar! Pahala dan keutamaan istri lebih besar dari suaminya, karena ALLAH SWT mengangkat darjat lelaki di dalam Syurga beberapa darjat dikeranakan redha dan doa isteri kepada suaminya.
Namun ketahuilah bahwa dosa terbesar setelah syirik kepada ALLAH adalah menderhakai suami. Dan takutlah kalian kepada ALLAH terhadap DUA ORANG LEMAH, yakni ANAK YATIM dan ISTRI.
Barang siapa yang berlaku baik kepada keduanya/lemah lembut, bererti ia telah menggapai redha ALLAH. Dan barang siapa yang berlaku buruk kepada keduanya, maka ia berhak mendapat murkaNya…
Hak isteri atas suaminya adalah seperti hakKU atas kalian. Barang siapa yang menyia-nyiakan hak ALLAH, maka ia akan kembali dengan mendapat murka ALLAH SWT dan tempat kembalinya adalah tempat yang paling buruk, yaitu Neraka Jahanam”.
Dari Abu Hurairah r.a. berkata :Rasulullah SAW bersabda : “Orang mu’min yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya, dan orang yang paling baik diantara kalian adalah yang paling baik terhadap para istrinya.” (HR Tirmidzi)


Jumaat, 17 Februari 2012

with my new shoes..:)


tara.... hi2, lame dah aku xshoping kasut nie pown beli setalh berbulan lamenye aku usha kasut nie setiap kali berjalan di BP MALL... lpstu igt blik KL nak beli la kat KL jerk.. bile dok cari2 xpenah jumpe.. usha kasut nie punye la lame dari last year then awal bulan 1 aritu baru dapat beli.. last2 kne beli dekat BP Mall tu jugak...belas ehsan dari en.hubby belikan untuk aku sbb aku dah terlalu minat sgt dengan kasut nie.. fully kulit ok..!!! harga menjadi rahsia...:D


~ the end ~

Khamis, 2 Februari 2012

look like " zaman keremajaan "

assalammualaikum...

ape yang aku katekan seperti dizaman keremajaan... huk2.. aku mmg xbole terima kalo hubby aku mcm nie.. tp dye dok asyik minta aku belikan dye 1 bende nie.. untuk dye pakai... jom kte tgk apekah benda yang hubby minx aku beli ...


taraaa.... benda yang hubby minx aku beli adela topi..mcm kat atas nie.. aku pown xtaw yang hubby suke pakai topi... bagi pendapat aku.. kurang berminat pulak law hubby kai mcm nie.. huk2.. pendapat korg mcmane?? 

:: the end ::

Pengikut