salam 1Malaysia...
hye u olls tetiba mood nak update n3 membuak2... kali nie nk update tentang hari perkhawinan yang akan tiba.. so semalam adelah sy terbaca sebuah majalah Harmoni yang dibeli oleh kakak sy.. so belek punye belek sy terbaca tentang tajuk diatas tu.. So untuk bakal2 pengantin yang akan berkahwin atau ade terbaca n3 sy nie bolehlah kte sharing ape yang perlu.. so jom ikuti ape yang perlu dilakukan sebelum smpi pada tarikh perkahwinan itu nanti...:)
12 Bulan Selum Perkahwinan
- Tetapkan tarikh pernikahan. Jangan lupa untuk memikirkan tarikh alternatif jika pilihan pertama tidak dipersetujui keluarga.
- Pilih konsep perkahwinan idaman dan selidiki bajet yang diperlukan untuk merealisasikan tema tersebut. Jika memerlukan bantuan, dapatkan khidmat perancang perkahwinan atau keluarga terdekat.
- Kunjungilah pameran perkahwinan untuk mendapatkan idea-idea dan informasi terkini untuk majlis pernikahan.
- Tentukan lokasi pernikahan dan lakukan tempahan dengan segera.
- Bautlah sebuah fail atau folder yang mengandungi pecahan barangan keprluan perkahwinan. Sediakan juga senarao ringkas bagi memudahkan anda menandai dan mengenalpasti persiapan yang telah dilakukan .
- Mula berdiet dan melakukan olahraga untuk kesihatan dan kesegaran tubuh.
- Baca majalah-majalah berkonsep perkahwinan untuk melihat gaya solekan. Setelah pilihan dibuat, lakukan tempahan keatas jurusolek yang dipilih.
- Pilih rekabentuk kadundangan perkahwinan,bukutamu, dekorasi dan cendermata buat tetamu.
6BULAN SEBELUM PERKAHWINAN
- Kenal pasti jumlah tetamu yang ingin diundang dan tempahlah kad undangan perkahwinan anda.
- berikan pengesahan tarikh kepada semua vendor atau perancang perkahwinan pilihan anada bagi membolehkan mereka melakukan persiapan.
- Mengesahkan tempahan catering atau dewan termasuk jumlah kerusi, meja.menu dan sebagainya.
- Buat tempahan bilik hotel atau homestay untuk tetamu yang datang dari jauh.
3BULAN SEBELUM PERKAHWINAN
- Lakukan pemeriksaan kesihatan di Klinik atau Hospital.
- Dapatkan rawatan intensif wajah,tubuh dan rambut untuk tampil anggun berseri di majlis persandingan.
- Kenal pasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan.
- Bagi bakal mempelai yang kematian bapa, pastikan siapa wali nikah anda. Jika tidak mempunyia wali nikah, dapatkan wali hakim dari mana-mana jabatan agama untuk menikah anda dan pasangan.
2 BULAN SEBELUM PERKAHWINAN
- Membeli barang kemas serta menetuka pengapit, jika perlu carikan baju bersesuaian untu pengapit anda.
- Mengantar kad jemputan kepada sanak saudara, sahabat handai dan kenalan yang ingin dijemput.
- Merujuk ke Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses pendaftaran nikah.
SEBULAN SEBELUM PERKAHWINAN
- Hubungi tetamu yang belum membuat pengesahan kehadiran bagi memudahkan pengeshan kehadiran bagi memudahkan pengaturan tempat duduk.
- Lakukan pengesahan terakhir untuk semua perkara.
- Sesekali cuba pakai kasut yang akan dikenakan pada hari persandingan agar terbiasa dan tidak sakit sewaktu majlis berlangsung.
DUA MINGGU SEBELUM PERKAHWINAN
- Pastikan pakaian dan barang hantaran tersedia dengan sempurna bagi mengelak sebarang masalah di saat akhir.
- Pilih gaya rambut atau tudung yang ingin digayakan semasa majlis perkahwinan.
TIGA HINGGA 1 HARI SEBELUM PERKAHWINAN
- Pastikan 90 % persiapan telah siap dilakukan.
- Hubungi jurugambar/juruvideo,pemain kompang, jurumekap dan lain-lain untuk meminta mereka datang awal pada majlis tersebut.
- Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia.
HARI PERNIKAHAN
- Pastikan anda membawa kad pengenalan, gambar dan segala dokumen yang diperlukan semasa majlis akad nikah.
- Pastikan saksi,wali dan kadi yang akan menikahkan anada dan pasangan telah diberitahu tentang hari pernikahan.
HARI PERSANDINGAN
- Ambil sarapan diawal pagi mengelakkan anda berasa mengantuk,lapar dan tidak bermaya.
- Mulakan dandanan dan solekan lebih awal dan pastikan diri telah siap bermekap sebelum ketibaan pengantin lelaki.
- Jangan gelabah,gementar dan takut. Bertenang dan sentiasa tersenyum untuk menghadapi hari bahagia anda.
inilah persiapan yang perlu diaturkan sebelum dan pada hari perkahwinan...:) selamat pengantin baru pada mereka yang akan berkahwin.. terutama pada kawan sepejabat saya... en.faizul azmin dan suriyani...semoga berbahagia ke akhir hayat...
:: the end ::
Tiada ulasan:
Catat Ulasan