Blogger Layouts

Khamis, 6 Disember 2012

Kuih Goyang a.k.a Kuih Ros

assalammualaikum...

hye uolls, tetiba mcm rajin lak nak updated blog yang seberapa nie.. hari nie mcm nak share resepi untuk membuat kuih goyang atau lebih dikenali sebagai kuih ros... actually kuih nie mak aku wat time raya jerk.. so xde la selalu dapat mkn, tapi tetiba semalam mak mertua minx tlg buatkan.. memula call mak kat kg tanye larat x minx tlg buatkan..mak cakap xlarat sbb kaki mak xberapa sihat sejak jatuh dekat ayer keroh tu xbebaik lagi...sian mak.. bile bagitaw dekat mak mertua yang mak xlarat buat dye terus minx mak kat kg just bancuhkan jerk sekampit bersamaan 1/2 kg... so mak kat kg sanggup bancuhkan dan kami goreng sendiri.. hihihi...lucu..

hubby blik keje terus ajak hubby blik kg..sbb nak minx mak bancuhkan adunan kuih tersebut.. kami belikan telur,gula,tepung beras dan tepung gandum... xdela susah sgt rupanya nak bancuh kuih nie...jom aku share resepinya...

500 gm - tepung beras
11/2  cawan -  tepung gandum
11/2 - gula kasar
11/2 - biji kelapa (utk mendapatkan santan yang pekat)
2 biji - telur ayam

cara-cara membuatnya:

campurkan kesemua badan diatas mengikut sukatan kemudian campurkan dengan santan serta telur gaul hingga sebati... untuk mendapatkan tekstur adunan tepung yang licin, adunan tepung tersebut haruslah diblander mengunakan blander yang biasa diigunakan..sbb law xbalnder nanti adunan tepung tu akan seolah-olah bergentel-gentel.

buat benda nie xdelah leceh..tp memakan masa yang lama...:) sbb tu org yang jual kuih nie mahal..kire cos penat skali kot.. wakakaka...so jom kte tgk hasilnya...


hasilnya... sgt sedap..

selamat mencuba...
tapi sesiapa yang xnak buat dan nak tempah dgn aku leh gak... tp tempahan dibuka semasa raya sahaja...:p

Rabu, 5 Disember 2012

36 weeks...

assalammualaikum..

alhamdulillah now dah nak masuk 36 weeks.. bby pown dah pandai buat false alarm..owh tidak, dye saje nak menakut2kan mmy n ddy.. pgi nie aku rase sakit sgt.. aku rase mcm nak bersalin dah, upenya aku cirit birit.. tp lps cirit birit aku rase sakit lagi smpi skrg.. aku cube bertahan smpi skrg nie.. tgh cube mengira gerak bby smpi ke tak 10x gerak..

call hubby, dye cume kate soh bertahan n cube kire gerak bby... now rase mcm sakit pinggang smpi ke peha lengguh n bisa-bisa... adakah itu tanda-tandanya... kuar lendir pown dah.. so try untuk bersabar untuk seterusnya ape yang berlaku... aku try google kat internet tanda-tanda awal hendak bersalin... jom aku kongsi bersama..

Tanda-tanda Hendak Bersalin

PENGALAMAN sakit bersalin berbeza-beza bagi setiap wanita. Ada yang merasakan seperti perut memulas hendak membuang air besar, sakit belakang, perut seperti akan pecah dan seumpamanya.

Bermula seawal 28 minggu usia kandungan, wanita akan mula mengalami pengecutan rahim yang normal secara fisiologi, ia dinamakan pengecutan rahim Braxton-Hicks.

Pengecutan rahim ini berlaku jarang-jarang, sekitar setiap 30 minit dan mengambil tempoh beberapa saat saja serta tidak menyakitkan. Ini berbeza dengan pengecutan rahim bersalin yang dialami setiap 15 minit namun kemudiannya menjadi lebih kerap (setiap lima atau tiga minit), setiap satu pula semakin panjang tempohnya (sehingga 45 saat) dan disertai dengan kesakitan.

Tempoh ini bolehlah dikira secara meletakkan tapak tangan pada puncak rahim untuk mengesan pengecutan rahim itu yang sentiasa datang dan menghilang.

Berjumpalah dengan doktor untuk mengesan punca kesakitan yang anda alami. Tanda hampir bersalin adalah seperti berikut:
  • Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. 
  • Keluar lendir pekat seperti gam yang lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis. 
  • Pengecutan otot rahim yang semakin kerap dan untuk tempoh yang lama. 
  • Keluar lendir bercampur darah apabila pintu rahim mula membuka. 
Anda juga boleh mempelajari cara mengesan pengecutan otot rahim. Ia juga dapat dilihat dalam carta cardio-tocograph atau CTG yang mencatat pola aktiviti jantung bayi serta pengecutan otot rahim.
Ia dilakukan secara melekapkan dua alat berbentuk cakera tebal ke atas puncak rahim dan pada kawasan jantung bayi, alat ini dilekapkan dengan bantuan tali pinggang bergetah dan dibiarkan selama kira-kira 20 minit. Ujian air kencing juga mungkin dilakukan untuk memastikan tiada jangkitan air kencing yang juga boleh mengakibatkan kesakitan yang sama walaupun lazimnya ia lebih kepada sakit bahagian ari-ari. 

Selain tanda di atas, anda juga perlu ke hospital jika mengalami keluar air ketuban, pergerakan bayi menjadi kurang kerap, keluar darah atau apa saja masalah yang dialami untuk kepastian doktor.
 Waktu 40 minggu adalah dikira bermula hari pertama haid terakhir sehingga tarikh jangkaan bersalin. Namun, 90 peratus wanita didapati sudah selamat bersalin sebelum tiba tarikh terbabit, sekitar 10 hari sebelum tarikh itu. 

Bayi dikatakan cukup bulan apabila mencecah usia 38 minggu kandungan. Bayi pula dikatakan lebih hari jika masih belum dilahirkan selepas tarikh 40 minggu, jika melebihi 42 minggu pula dikatakan lebih masa.
 Lazimnya bayi selamat jika lahir dalam tempoh 38 hingga 41 minggu, sebaliknya melebihi usia 42 minggu pula dikaitkan dengan risiko kepada bayi.
Membenarkan bayi di dalam kandungan melebihi usia 40 minggu memerlukan pengawasan pergerakan bayi, kandungan air ketuban, keadaan uri, aktiviti jantung dan seumpamanya bagi wanita yang tidak mempunyai masalah seperti darah tinggi, kencing manis atau rhesus negatif.Pada masa sama, jika keadaan terbabit masih memuaskan, kandungan mungkin dibenarkan selama sekitar seminggu bagi memberi peluang jika anda didatangi sakit bersalin sendirinya tanpa perlu dipaksa bersalin (induksi). Namun, ia lebih bergantung kepada keputusan anda setelah mendapat pandangan doktor anda. 

Sumber: Harian Metro


Rabu, 28 November 2012

my 1st aniversary..:)

asalammualaikum semua

sepuluh jari ku tadah mengucapkan syukur kehadrat ilahi kerana dengan restu darinya perkahwinan kami telah genap 1 tahun..pelbagai dugaan dan rintangan yang diberikan untuk mematangkan diri kami telah membuatkan kami memahami antara satu sama lain...
dan dalam mase setahun nie kami bakal menimang cahaya mata pada hujung tahun nanti..doakan agar aku selamat melahirkan junior kami..:)

biasanya kalau aniversary ke birthday ke mesti ade hadiahkan.. so aritu mase kuar cri baju untuk kenduri 7 bulan.. hubby ajak g servey wallet adelah 1 wallet sembonia tu mmg gler aku minat sgt harga pown bole tahan... hubby tanye nak beli skrg ke nanti..aku ckpbeli nanti jerk la.. lagi pown xbest la lom smpi mase dah ade hadiah kan... hihihi...

so bile dah smpi hari tersebut, aku dok hint2 kat laki aku dye wat xtaw jerk.. tp dye bawe aku jln g umah abg aku dekat kl.. tdo sane semalam then blik bp..pusing2 dengan anak buah aku dekat sane.. bile dah blik bp selang beberapa hari dye ajak aku g shoping mall.. aku ingat dye nak cri brg bby or brg dye.. smpi depan butik sembonia dye soh aku masuk n pilih wallet yang aku nak.. hu2.. tercapai gak cite2 aku nak tukar wallet baru..:)

tapi syg la plak.. wallet yang aku minat dah kne sambar dengan org lain... sedih beb, so terpaksalah aku pilih wallet lain..nasib ade yang berkenan.. kopak gak la poket en.hubby... kih2... tp en.hubby pown dah dpt hadiah awal dri aku.. aku bg dye hadiah talli pinggang kulit jenama kickers..jom lyn pic wallet yang aku pilih..:)

tara... cantik x? hi2...

close up... sy sgt sukekannya...

hubby sejak azali mmg tahu yang aku mmg minat gler dekat jenama sembonia.. that's y dye dah penah belikan 3 pasang kasut sembonia, 2 handbag dan 1 wallet...tq hubby..:)

:: the end ::

Khamis, 8 November 2012

Perkembangan Sikecil..:)

Assalammualaikum semua...

berabad sudah aku tidak melabuhkan jari jemariku didalam n3 ini... kali ini aku teringin skali berkongsi tentang sesuatu yang kamu semua pasti tidak tahu... hihihi atau sesetengahnya dah mengetahui...:)  selepas aku berpindah ke batu pahat selama sebulan lebih aku telah disahkan mengandung... syukur alhamdulillah kami suami isteri  bakal menjadi ibu dan bapa xlama lagi.. 

 Aku mengalami alahan yang sgt teruk smpikanaku terpaksa mengambil beberapa kali mc.. alhamdulillah berkat kesabaran dan semangat dari suami aku berjaya melalui saat terindah diawal kehamilan dengan tenang... :)

Bila kandungan aku mencecah ke 6 bulan aku telah berhenti kerja dan sekarang aku telah menjadi surirumah sepenuh masa dan hanya suami saja yang bekerja... kehidupan aku hari2 hanya bersama bayi didalam rahim aku yang semakin membesar.. pada waktu itu aku membuat imbasan 3d... doc memberitahu yang uri aku berada dibawah sudah memasuki tahap ke2... tp alhamdulillah berkat doa dari orang sekeliling aku... uri aku telah naik semula dan aku insyallah bole bersalin secara normal...:)

kini usia kandungan telah mencecah kepada 32 minggu iaitu telah masuk kepada 8 bulan... hanya tinggal sebulan dari sekarang dengan rasminya aku bergelar ibu kepada seorang puteri...:) kehidupan aku kini tersangat bahagia,...:)

indah sungguh ciptaan tuhan yang telah dikurniakan kepada aku...:)

:: the end ::


Jumaat, 30 Mac 2012

Jumaat yang syahdu...

salam uolls..

jumaat ini merupakan jumaat terakhir buatku menekan-nekan keyboard didalam bilik ini... membuat segala kerja yang masih ada.. senang cite jumaat terakhir untuk aku berada di MOF.. jumaat terakhir untuk aku berjumpa dengan kawan sepejabat dengan aku...

arini juga dekat opis aku ade buat bacaan yassin dan jamuan sektor D.. bolehlah aku luangkan mase bersama yang lain..ceh perasaan jerk aku nak luangkan mase dengan yang lain..." yang lain tu nak ke luangkan mase dengan aku..." kah2.. just joke.. 

esk en.suami dah nak bawe pulang aku ke batu pahat sure banjir presint 8,putrajaya nie nanti... sedih,pilu.. gembira semua bercampur baur.. pagi tadi aku dah buat anak buah aku menangis.. sedih lak aku tgk dye managis... sebenarnya bukan aku yang buat pown..dye main dalam bilik aku dan kaki dye terkena pada botol yang dye jatuhkan sendiri... terus majuk dengan aku xnak aku dokong dye.. adoi..blik keje nie kne pujuk budak kecik nie...:)

arinie juga aku nak jumpe semua org yang kenal diri aku nie ingin memohon maaf atas segala kesalahan dan harap dihalalkan makan dan minum.. bagi kekawan yang aku xsempat nak jumpe.. aku minx maaf saja lah dekat dalam blog nie.. ade mase kte jumpe lagi dilain hari... doakan kesahteraan aku berada ditempat kerja baru aku tu nanti...:)

:: the end ::

Khamis, 29 Mac 2012

Fahami Kitaran Haid


salam uolls.. 
just nak share tentang perkara ini kerana aku pown tgh merancang untuk mendapatkan zuriat sendiri..so dalam usaha itu,haruslah kite mamahami terdahulu kitaran haid setiap bulan.. bile dah faham bru la boleh diamalkan...
Gud luck..;)
FAHAMI KITARAN HAID
Saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.
Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.
Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) – ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.
Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.
Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.
Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.

Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
** (14 days from the 1st day of your NEXT period – NOT your previous period)

Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari – 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari – 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.

Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR

Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik2 di K.Lumpur.


MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT

Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.

Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.

Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.

Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.

Rabu, 28 Mac 2012

Di Minggu Terakhirku...:(

salam uolls...

minggu nie merupakan minggu terakhir aku berada diputrajaya... aku mm xpernah kongsi tentang perkara nie, tp disebabkan ade mase terluang yang bole aku kongsikan cerita ini aku coretla juga berjuta perkataan... kih2.. dalam kegembiraan namun ade kesedihan.. sedih nak tinggalkan anak buah yang sgt manje dengan aku... gembira sbb xlame lagi akan ddk bersama en.suami tercinta... 
semakin berat hati aku bile anak buah aku seolah - olah dia faham yang aku tidak akan duduk sekali dengannya.. semakin hari semakin manje... now dye dah pandai merangkak masuk ke bilik aku dan mencari aku... setiap kali tu aku rase mcm nak menangis dan aku tahan sebab aku xnak dye nmpk aku sedih...

aku amik keputusan untuk pindah ddk dibatu pahat dan meninggalkan kerja yang aku ade sekarang adelah kerana aku dah xsanggup ddk berjauhan dengan suami dan aku juga dah xlarat nak naik turun bus.. keputusan ini juga aku yang buat jadi aku harus tabah dan kuat untuk meninggalkan ape yang aku ada disini... mane tahu tuhan akan beri aku rezeki untuk mengantikan kasih sayang aku pada nank aku sendiri nanti...

ahad aritu en.suami dah bawe sebahagian baju aku pulang ke kg.. hujung minggu nie mulalah operasi untuk pemindahan sepenuhnya.. aku saje nak berhenti awal sebab aku nak rest sekejap before aku menerima cabaran baru ditempat kerja baru.. aku mula kerja ditempat baru bermula pada 9 April 2012... hope semuanya berjalan dengan lancar.. amin...

dan aku harap aku xdelah menangis mase nak tinggalakn buah hati aku yang sorg tu... hee...:D..

:: the end ::

Pengikut